Thursday, November 24, 2011

Risiko Kemalangan Maut


Salah satu artikel dari Harian Metro 24/11/11.

Assalamualaikum dan salam kesejahteraan buat semua pengungjung blog ini. Pada kali ini saya terpanggil untuk menulis satu artikel ringkas mengapa kita perlu ada perlindungan takaful. Setiap hari kita terdedah kepada risiko kehidupan dan salah satu risiko kehidupan yang akan saya kupaskan di sini ialah risiko kemalangan jalanraya. Risiko kemalangan jalanraya merupakan salah satu risiko yang paling hampir dengan kita kerana kita adalah pengguna jalanraya.

Setiap hari apabila kita mula menghidup enjin kereta atau motosikal untuk ketempat kerja, sedar atau tidak sebenarnya kita berhadapan dengan salah satu risiko dalam kehidupan. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja paparan tentang kemalangan jalan raya di dada-dada akhbar. Persoalannya apakah kemalangan tersebut akan berlaku kepada diri kita atau tidak. Seandainya ianya tidak berlaku kepada diri kita alhamdulillah tetapi andai kata perkara tersebut berlaku, bagaimana? Mungkin pada hari ini, perkara tersebut tidak berlaku ke atas diri dan keluarga kita tetapi bagaimana dengan esok atau lusa. Adakah kita boleh memberi jaminan bahawa perkara tersebut tidak akan berlaku dan kita dapat mengelaknya.

Kita seharusnya berfikir secara positif. Mengapa kita harus menyediakan perlindungan untuk diri dan keluarga kita. Bak kata pepatah " beringat sebelum kena" ingatlah bahawa langit tidak selalunya cerah. Kehidupan ini, ibarat roda kehidupan ada kalanya kita gembira dan ada kalanya kita berduka. Adakah kita sanggup melihat insan yang kita sayang menangis ke atas pemergian kita buat selama-lamanya. Andainya kita pergi mengadap Illahi sebenarnya keluarga kita telah hilang sebelah tangan tempat di mana mereka bergantung. Tinggallah isteri dan anak-anak meneruskan kehidupan dan menanggung bebanan kehidupan ini. Adakah ini yang kita inginkan andainya berlaku kepada keluarga anda.

Andai kata, jika risiko kemalangan berlaku ke atas kita dan pada masa itu kita telah pun memiliki perlindungan takaful. Maka kita pergi mengadap Illahi dengan meninggalkan isteri dan anak-anak kita dengan "HARTA" berbanding dengan mereka yang tiada perlindungan takaful. Jadi, kita seharusnya ada rasa lebih bertanggungjawab ke atas keluarga kita, sertailah plan takaful keluarga. Jangan biarkan isteri dan anak-anak menangisi pemergian anda untuk selama-lamanya. Tukarkan tangisan itu dengan kegembiraan di wajah mereka. Gunakanlah 10% dari pendapatan kita untuk melindungi keluarga kita disaat mereka memerlukan.

No comments:

Post a Comment