Friday, October 25, 2013

Takaful Malaysia telah dianugerahkan 'Saham Berbayar Terbaik' 2013

Takaful Malaysia telah dianugerahkan 'Saham Berbayar Terbaik' di bawah Sektor Kewangan di majlis penyampaian tahunan anugerah berprestij The Edge Billion Ringgit Club Corporate Awards 2013. Takaful Malaysia merupakan Institusi Kewangan Islam pertama yang telah memenangi anugerah The Edge Billion Ringgit Club (BRC) Corporate Awards. Anugerah telah disampaikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. – September 2013

Monday, March 25, 2013

Kini Aku Bukan Lagi Perunding Takaful Dari Syarikat PRU BSN Takaful

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengujung blog ini. Pertama sekali saya ingin mendoakan kepada semua agar berada dalam keadaan sihat sejahtera dan bahagia bersama keluarga masing-masing.
Kini Aku Bukan Lagi Perunding Takaful Dari Syarikat PRU BSN Takaful Topik ini telah lama tergantung maklumlah kekangan masa membataskan aku untuk menyudahkan catatan ini. Namun begitu kerana adanya permintaan dari sahabat yang ingin tahu maka hari aku gagahkan jua tangan ini untuk menaipkan bait-bait ayat agar ianya bukan lagi satu tanda tanya. Sebenarnya kisahku sebagai perunding takaful bermula dengan Syarikat Takaful Ikhlas. Aku mulakan kerjayaku dengan penuh bersemangat. Lebih kurang dua tahun aku di Syarikat Takaful akhirnya aku bertukar ke Prubsn Takaful. Walaupun tidak begitu gembira dengan pertukaran tersebut namun terpaksa jua aku angkat kaki kerana unit agensi dan bos aku telah meninggalkan Takaful Ikhlas. Oleh kerana aku masih baru dan memerlukan bimbingan mereka dalam dunia takaful pada masa itu akhirnya aku terpaksa akur dengan ajakkan Unit Managerku untuk bertukar arah ke Prubsn Takaful.
Namun begitu jodohku dengan dengan Prubsn Takaful tidak panjang. Akhirnya kini aku dan Unit Manager aku telah berpindah ke Syarikat Takaful Malaysia. Mungkin ada yang bertanya kepadaku kenapa perlu berpindah ke syarikat lain sedangkan syarikat Prubsn Takaful sudah yang terbaik. Tapi terus terang aku katakan bahawa jiwaku tidak seronok dan tidak sesuai dengan Prubsn Takaful. Mungkin kerana aku dari syarikat Takaful Ikhlas sebelum aku bertukar ke Prubsn Takaful agaknya. Maklumlah Syarikat Takaful Ikhlas lebih menerapkan ciri-ciri islamik dalam pengurusannya. Sepanjang aku bersama Prubsn Takaful ciri-ciri seperti itu tiada. Pernah aku mengikuti kelas yang diajarkan oleh seorang yang hebat dalam dunia takaful iaitu Dr Rizal Naidu dan aku amat teruja mengikuti kelas beliau. Beliau pada masa itu adalah sebagai pengurus agensiku. Ingin aku bertanya kepada sahabat semua bolehkan seorang lelaki dan wanita yang bukan muhrim bersalaman antara satu sama lain. Apakah boleh satu tunjuk cara boleh menghalalkan cara. Bagi ku yang haram tetap haram. Dari situ terdetik dihatiku mananya ciri-ciri islamik yang ada pada PrubsnTakaful walaupun kita tahu bahawa takaful itu adalah halal.
Mungkin ada yang berkata itu hanyalah alasanku sahaja. Tetapi bagiku biarlah orang nak kata apa tapi keputusanku tetap dengan keputusanku. Aku bukannya seorang ustaz yang mampu untuk memutuskan soal halal dan haram dan juga bukan seorang hakim yang mampu menjatuhkan hukuman tetapi aku tetap aku manusia biasa yang ada pendirian dan pegangan. Bagiku apalah istimewa sangat Prubsn Takaful jika Syarikat induk Prudential itu sendiri menawarkan  pelan islamik dan tidak islamik. Prubsn Takaful Islamik(halal bagi orang islam) dan Prudential Insuran tidak Islamik(haram bagi orang islam) tapi ianya tetap di bawah syarikat induknya iaitu Prudential.
Persoalan yang ingin aku kemukakan kepada pengunjung semua apa beza etiqa takaful dan etiqa insuran yang kendalikan oleh pihak Maybank. Mungkin jawapan anda ialah  satu islamik patuh syariah (halal) dan satu lagi tidak islamik (haram). Tapi bolehkah anda putuskan bahawa kedua-dua akaun ini diuruskan secara berasingan. Jika diuruskan secara berasingan alhamdullillah. Satu lagi persoalan yang ingin saya lemparkan kepada pengunjung semua jika diberikan pilihan antara kedai A dan kedai B. Kedai A menjual daging lembu(halal) dan daging khinzir (haram) manakala kedai B yang menjual daging lembu sahaja (halal). Kedai yang mana satu yang akan anda pilih?. Jika saya saya akan pilih kedai B tetapi anda semua saya tidak pasti tepuk dada tanyalah hati. Hal ini sama juga dengan Prubsn Takaful… jadi fikir-fikirkanlah.
Oleh kerana itu saya fikir penghijrahan saya ke Takaful Malaysia adalah satu langkah yang terbaik buat saya. Biarlah orang nak kata apa. Syarikat Takaful Malaysia merupakan syarikat takaful pertama di Malaysia di bawah kumpulan BIMB Berhad dan anak syarikat tabung Haji. Jadi apa yang kurangnya Takaful Malaysia?.. Jadi itulah kisah aku dan takaful Malaysia. Inilah syarikat takaful yang terakhir bagiku dan tidak mungkin akan ku berhijrah lagi….. Akhir sekali aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf  sekiranya catatan ini menginggung hati mana-mana pihak.