Tuesday, December 15, 2015

SOAL JAWAB YANG ANDA HARUS BACA SEBELUM MENGAMBIL MANA-MANA PELAN TAKAFUL

Apakah kelebihan Kad Perubatan syarikat anda berbanding dengan syarikat-syarikat takaful yang lain?
Apa yang membezakan kad perubatan kami dengan kad perubatan syarikat takaful lain ialah dari segi perbezaan harga. Di syarikat kami dengan umur seperti yang dinyatakan dalam flayer ini, anda sudah mempunyai satu kad perubatan yang melayakkan anda mendapatkan satu rawatan yang cukup eksklusif di mana-mana hospital panel kami dengan kadar bilik RM 180 Sehari, Had Tahunan RM 100,000 Setahun dan Had Limit keseluruhan kad perubatan bernilai RM 1 Juta. Jika anda bandingkan harga kami dengan harga pengendali lain, sudah pasti anda tidak akan menjumpai harga yang berpatutan sebegini dengan manfaat yang tinggi.

Apakah yang di maksudkan dengan ko takaful dan adakah kad perubatan anda mempunyai ko takaful?
Ko takaful bermaksud perkongsian bayaran di antara peserta dengan pengendali takaful. Katakan anda mendapatkan rawatan di hospital panel dengan caj keseluruhan berjumlah RM 10,000.00 maka caj ko takaful yang terpaksa di bayar oleh anda adalah 10% daripada keluruhan bil atau RM 1,000.00. Tetapi dengan kami di Syarikat Takaful Malaysia kita tiada caj ko takaful. Maksudnya jika anda keluar wad keseluruhan bil perubatan akan ditanggung sepenuhnya oleh pengendali.

Apakah kad perubatan anda mudah untuk claim?
Ya, alhamdulillah setakat hari ini kad perubatan kami tiada masalah dari segi membuat tuntutan asalkan segala maklumat kesihatan yang diberikan semasa mengisi borang permohonan anda adalah betul dan anda tidak menyembunyikan sebarang fakta tentang tahap kesihatan anda.

Kenapa kad perubatan anda murah berbanding dengan syarikat lain. Sedangkan syarikat-syarikat takaful lain tidak mampu memberikan harga yang lebih murah berbanding syarikat anda.
Sebenarnya faktor mahal atau murah sesuatu kad perubatan itu bukan ditentukan oleh kami tetapi ianya telah ditentukan dan diluluskan oleh pihak bank Negara. Pihak bank Negara akan melihat dari aspek kekukuhan sesebuah syarikat. Memandangkan Syarikat Takaful Malaysia sebuah Syarikat Senaraian Awam di Bursa Malaysia, dan kukuh di bawah BIMB Holding dan Tabung Haji. Perkara seperti inilah yang diambil kira oleh pihak Bank Negara.

Tuan kata kekukuhan syarikat, bagaimana pula dengan syarikat takaful lain adakah mereka tidak kukuh malah saya merasakan mereka lebih kukuh dari syarikat takaful Malaysia apatah lagi mereka beroperasi di seluruh dunia. Boleh tuan jelaskan perkara ini?.
Ya, memang betul sebagaimana yang dinyatakan tetapi tuan kena ingat milik siapakah syarikat-syarikat ini. Ianya bukan milik rakyat Malaysia ia milik orang asing. Walaupun mereka beroperasi di seluruh dunia tetapi kita kena ingat mereka boleh bila-bila masa meninggalkan kita dengan cara melupuskan perniagaan mereka di negara ini. Tetapi Syarikat Takaful Malaysia adalah milik kita orang Islam bawah BIMB Berhad dan Tabung Haji. Yang mana setiap tahun pulangan keuntungan dari sumbangan tuan akan kembali ke BIMB Holding dan Tabung Haji. Malah setiap tahun tabung haji menggunakan keuntungan-keuntungan ini menghantar umat islam menunaikan ibadah haji melalui konsep muassasah 

Apakah pelan yang anda tawarkan mempunyai pelan simpanan?
Ya, apa yang ditawarkan di bawah pelan ini semuanya mempunyai nilai simpanan yang berpatutan dan boleh dikeluarkan  pada bila-bila masa dengan syarat berbaki minima RM 1000.00 di dalam akaun peserta.

Apakah pelan-pelan perlindungan anda patuh syariah?
Ya, kesemua pelan kami adalah patuh syariah atau dengan kata lain keluruhan syariah. Apa yang saya maksudkan dengan keluruhan syariah ialah kami (Syarikat Takaful Malaysia)-Patuh Syariah, Ayah kami (BIMB Holding-Patuh Syariah dan Datuk Kami (Tabung Haji)-Patuh Syariah. Jadi keseluruhan rangkaian kami adalah patuh syariah. Tidak sebagaimana syarikat-syarikat takaful lain yang saya rasa tahap patuh syariah mereka tidak seperti kami di Takaful Malaysia. Katakan Syarikat Takaful A patuh syariah bagaimana pula dengan Syarikat Induknya (ayah kepada syarikat Takaful A) iaitu Syarikat A insurance yang jelas tidak patuh syariah. Jika anda tanya saya apakah perkaitan antara keduanya, jawapan saya ialah keduanya saling berkait. Jika Syarikat Takaful A untung berniaga keuntungan itu sudah pasti akan kembali kepada syarikat induknya dan begitulah sebaliknya. Kini anda mempunyai pilihan, mengapa tidak memilih kami di Syarikat Takaful Malaysia.  

Tuesday, January 6, 2015

Murah... Memang Murah... Mana Nak Cari Murah Macam Ni...





Saksikan video ini, mengapa kami mengajak anda memilih kami 
di Syarikat Takaful Malaysia Berhad




Satu luahan di FB yang ingin saya kongsi kepada pengunjung blog mengenai rasa tidak puas hati terhadap mutu perkhidmatan di hospital kerajaan. Satu persoalan yang ingin diutarakan kepada pembaca semua, sekiranya anda diberi pilihan untuk mendapatkan perhidmatan kesihatan mana yang anda akan pilih samaada hospital kerajaan atau hospital swasta? Sekiranya mutu perkhidmatan hospital kerajaan seperti ini adakah anda masih ingin memilih rawatan di sini atau bertukar ke hospital swasta. Bukan saya ingin memburuk-burukkan hospital kerajaan tetapi saya rasa setiap orang sudah pasti inginkan yang terbaik untuk rawatan kesihatan mereka. Andai kata jika anda ingin sebuah rumah apakah keutamaan yang akan anda utamakan? Rasanya sudah pasti anda akan utamakan dari aspek keselesaan dan kemampuan anda untuk membayarnya.

Kerana itulah saya mencadangkan anda mempunyai sekeping kad perubatan untuk menjamin kemudahan rawatan kesihatan anda dengan harga mampu milik. Kini dengan pelan yang kami ada anda boleh membuat pilihan samada untuk anak anda atau untuk anda sendiri.



Pelan MyGenLife Education
(Pelan Pendidikan Untuk Anak Anda)



(Sebut harga yang dibuat adalah berdasarkan sebut harga sebelum pelaksanaan GST)

Kelebihan Pelan MyGenLife Education kami ialah:

1. Manfaat Anugerah Kecemerlangan Pendidikan yang boleh dituntut bila mana polisi berkuatkuasa lebih daripada 12 bulan. Ianya cukup berbeza dengan pesaing-pesaing kami diluar sana yang memerlukan tempoh 3 tahun untuk membuat tuntutan.

2. Manfaat harian hospital yang tinggi sehingga RM400 sehari dan maksima tuntutan ialah 550 hari. Berbeza dengan pesaing kami yang lain di mana manfaat harian hospital mereka biasanya 365 hari dengan jumlah manfaat sebanyak 0.5% daripada perlindungan asas. Contohnya, jika manfaat asas ialah RM 50,000 maka manfaat harian hospital yang paling tinggi tuan/puan boleh ambil hanya RM 250 sehari. Tetapi kami, walaupun dengan hanya manfaat perlindungan asas yang rendah namun tuan/puan boleh memilih untuk mendapatkan manfaat harian hospital semaksima  mungkin iaitu RM400 sehari.

3. Seterusnya, manfaat kad perubatan kami juga tidak mempunyai Ko Takaful. Apa yang dimaksudkan dengan Ko Takaful ialah satu perkongsian bayaran di antara peserta dengan pengendali takaful di mana peserta perlu membayar  sebanyak 10% daripada keseluruhan bil yang dicaskan kepada peserta. Contohnya jika keseluruhan bil berjumlah RM 10,000, peserta perlu membayar RM 1,000. Dalam satu lagi keadaan, caj Ko Takaful boleh berlaku bila mana berlaku kes pertukaran bilik yang lebih tinggi daripada yang sepatutnya. Bila berlaku kes seperti ini caj yang dikenakan bukan lagi 10% tetapi 20% daripada keseluruhan bil yang dicajkan kepada peserta.

4. Tempoh matang yang panjang, maksudnya di sini ialah polisi sedia ada boleh diteruskan sehingga anak anda dewasa. Jika hari ini, anak anda mengambil polisi syarikat kami dengan bayaran RM 100 sebulan maka mereka dapat meneruskan polisi ini dengan hanya RM 100 sebulan sehingga mereka dewasa.  Tidak seperti mana pesaing kami yang lain, di mana anak anda terpaksa berhenti polisi sedia ada bila mana anak anda berumur di antara 18 hingga 25 tahun. Jadi, bila anak anda ingin mengambil polisi baru mereka terpaksa membayar sejumlah harga yang jauh lebih tinggi berbanding harga asal iaitu RM 100.



Pelan MyGenLife Protection
(Pelan Perlindungan Menyeluruh Untuk Anda)
(Sebut harga yang dibuat adalah berdasarkan sebut harga sebelum pelaksanaan GST)

Satu pelan perlindungan yang menyeluruh untuk anda. Pelan yang dipakejkan(hanya cadangan) berdasarkan umur peserta. Ianya terbahagi 2 pilihan iaitu:

1. Pelan perlindungan dengan kad perubatan.
2. Pelan perlindungan tanpa kad perubatan.

Pelan perlindungan dengan kad perubatan merupakan satu pelan yang menyeluruh ianya satu pelan yang berkonsepkan 4 dalam 1 di mana dalam satu polisi ianya mengandungi elemen-elemen seperti perlindungan, kad perubatan, pilihan pelaburan ke atas 5 dana patuh syariah dan seterusnya akan menghasilkan nilai simpanan. Di sini kami telah menggariskan 3 pakej pilihan bersesuaian dengan keperluan peserta.

1. Pakej 1 - Merupakan satu pakej perlindungan yang lengkap merangkumi semua aspek yang diperlukan oleh anda termasuklah kad perubatan dengan kelayakkan wad RM180 sehari dengan limit tahunan RM 100,000 dan limit keseluruhan RM 1 Juta.

2. Pakej 2 - Merupakan satu pakej perlindungan lebih kepada kad perubatan sahaja terutamanya bagi mereka yang telah mempunyai pelan takaful tetapi belum mempunyai kad perubatan. Pakej 2 menawarkan pelan kad perubatan dengan kelayakkan wad RM180 sehari dengan limit tahunan RM 100,000 dan limit keseluruhan RM 1 Juta.

3. Pakej 3 - Pakej sama seperti pakej 2 cuma yang membezakan adalah pakej kad perubatan dengan kelayakkan wad RM120 sehari dengan limit tahunan RM 50,000 dan limit keseluruhan RM 500,000.

Manakala pelan perlindungan tanpa kad perubatan pula merupakan satu pelan perlindungan asas seperti perlindungan kematian, kecacatan kekal dan menyeluruh, kemalangan, penyakit kritikal, elaun kemasukkan hospital yang tinggi berdasarkan umur peserta dengan hanya RM100 sebulan.



Manfaat Tambahan Kad Perubatan:
1-Emergency Madical Assistance
2-Travel Assistance Programme
3-Car Assistance Programme
4-Concienge Service