Saturday, November 26, 2011

Risiko Penyakit Kritikal



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat yang sudi menjengah ke blog ini semoga berbahagia disamping keluarga tercinta. Pertamanya marilah kita mengucapkan rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana masih memberikan kesihaatan yang secukupnya dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh dengan cabaraan dan dugaan. Hari ini saya ingin berkongsi cerita dan pengalaman mengenai risiko kehidupan yang mahu atau tidak terpaksa kita lalui.

Bercerita tentang risiko kehidupan mungkin ramai ramai yang telah faham dan sedia maklum. Tapi kupasan saya pada hari ini ialah menyentuh mengenai risiko mengenai penyakit kritikal. Seseorang yang sihat pada hari ini tidak memungkinkan beliau akan terus sihat pada hari esoknya.

STATISTIK Kementerian Kesihatan menunjukkan penyakit jantung adalah penyebab kematian nombor satu di Malaysia yang merangkumi 16.5 peratus kematian di hospital pada 2008. Malah, anggaran penyakit jantung koronari di negara ini adalah 40,000 kes baru setiap tahun bagi sejumlah 28 juta penduduk atau ringkasnya - 4.52 kes baru setiap jam!

Bagi penyakit barah pula, maklumat Kanser Malaysia 2006 yang dikumpul kementerian pula menunjukkan seorang bagi setiap tujuh rakyat Malaysia berisiko menghidap penyakit itu.
Meskipun statistik agak mengerikan, kadar pemulihan menggalakkan jika diagnosis dan rawatan diberikan pada peringkat awal penyakit kritikal. Malah, berbekalkan kemajuan perubatan, kadar pemulihan hari ini lebih baik berbanding dulu. Dalam kebanyakan kes, pesakit yang pulih boleh meneruskan kehidupan yang produktif. Akan tetapi, pesakit perlu membuat peruntukan untuk kos pemulihan, rawatan khas dan perubahan diet dan ini memerlukan sokongan kewangan yang kukuh. Ramai pesakit biasanya tidak mempunyai perlindungan kewangan yang mencukupi.
Apakah dana kita mencukupi untuk mendapatkan rawatan? Menurut kajian Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (EPF) pada 2008, ahli berusia 54 tahun memiliki purata simpanan sebanyak RM132,539 saja. Tinjauan sebuah bank pula melaporkan rakyat Malaysia hanya memiliki simpanan yang boleh bertahan 11 minggu. Sekiranya mereka kehilangan mata pencarian, satu bagi setiap lima orang menyatakan simpanan mereka boleh menanggung perbelanjaan biasa selama 4 minggu saja. Simpanan ini hanya meliputi perbelanjaan harian dan tidak termasuk perbelanjaan perubatan untuk sesuatu penyakit kritikal.

Kos perubatan rawatan kanser boleh menokok sehingga RM300,000 sementara rawatan buah pinggang memerlukan RM150,000 ke atas. Pemindahan organ utama pula memerlukan sekurang-kurangnya RM100,000. Kalau dulu penyakit kritikal dianggap tiada harapan untuk pulih, kini dengan kemajuan perubatan, penyakit kritikal boleh dirawat. Persoalannya sekarang, adakah kita mempunyai dana yang mencukupi untuk rawatan ini?

“Rawatan penyakit kritikal sering memakan tempoh yang lama dan membabitkan kos pemulihan yang tinggi selain kemungkinan kehilangan mata pencarian. Ini amat membebankan kewangan pesakit dan mereka yang tersayang. Atas alasan itulah persediaan kewangan amat penting.
“Matlamat utama Takaful Ikhlas adalah untuk mengurangkan kesan dan beban kewangan yang timbul daripada penyakit kritikal.

Sehubungan dengan itu, telah bersediakah anda untuk menyertai perlindungan yang disediakan oleh Takaful Ikhlas. Ingatlah bahawa kehidupan ini tidak selalunya indah. Marilah kita renung-renung dan fikir-fikirkan.

Thursday, November 24, 2011

Risiko Kemalangan Maut


Salah satu artikel dari Harian Metro 24/11/11.

Assalamualaikum dan salam kesejahteraan buat semua pengungjung blog ini. Pada kali ini saya terpanggil untuk menulis satu artikel ringkas mengapa kita perlu ada perlindungan takaful. Setiap hari kita terdedah kepada risiko kehidupan dan salah satu risiko kehidupan yang akan saya kupaskan di sini ialah risiko kemalangan jalanraya. Risiko kemalangan jalanraya merupakan salah satu risiko yang paling hampir dengan kita kerana kita adalah pengguna jalanraya.

Setiap hari apabila kita mula menghidup enjin kereta atau motosikal untuk ketempat kerja, sedar atau tidak sebenarnya kita berhadapan dengan salah satu risiko dalam kehidupan. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja paparan tentang kemalangan jalan raya di dada-dada akhbar. Persoalannya apakah kemalangan tersebut akan berlaku kepada diri kita atau tidak. Seandainya ianya tidak berlaku kepada diri kita alhamdulillah tetapi andai kata perkara tersebut berlaku, bagaimana? Mungkin pada hari ini, perkara tersebut tidak berlaku ke atas diri dan keluarga kita tetapi bagaimana dengan esok atau lusa. Adakah kita boleh memberi jaminan bahawa perkara tersebut tidak akan berlaku dan kita dapat mengelaknya.

Kita seharusnya berfikir secara positif. Mengapa kita harus menyediakan perlindungan untuk diri dan keluarga kita. Bak kata pepatah " beringat sebelum kena" ingatlah bahawa langit tidak selalunya cerah. Kehidupan ini, ibarat roda kehidupan ada kalanya kita gembira dan ada kalanya kita berduka. Adakah kita sanggup melihat insan yang kita sayang menangis ke atas pemergian kita buat selama-lamanya. Andainya kita pergi mengadap Illahi sebenarnya keluarga kita telah hilang sebelah tangan tempat di mana mereka bergantung. Tinggallah isteri dan anak-anak meneruskan kehidupan dan menanggung bebanan kehidupan ini. Adakah ini yang kita inginkan andainya berlaku kepada keluarga anda.

Andai kata, jika risiko kemalangan berlaku ke atas kita dan pada masa itu kita telah pun memiliki perlindungan takaful. Maka kita pergi mengadap Illahi dengan meninggalkan isteri dan anak-anak kita dengan "HARTA" berbanding dengan mereka yang tiada perlindungan takaful. Jadi, kita seharusnya ada rasa lebih bertanggungjawab ke atas keluarga kita, sertailah plan takaful keluarga. Jangan biarkan isteri dan anak-anak menangisi pemergian anda untuk selama-lamanya. Tukarkan tangisan itu dengan kegembiraan di wajah mereka. Gunakanlah 10% dari pendapatan kita untuk melindungi keluarga kita disaat mereka memerlukan.