Pengiktirafan dan Anugerah

Tahun 2014
Syarikat Takaful Terbaik di Malaysia

Takaful Malaysia telah sekali lagi memenangi anugerah ‘Syarikat Takaful Terbaik di Malaysia’ buat kali kedua berturut-turut di Anugerah Takaful Antarabangsa 2013 yang ke-8 yang telah diadakan di Abu Dhabi pada 25 Februari 2014. Kemenangan dua tahun berturut-turut jelas membuktikan komitmen Takaful Malaysia dalam menunaikan janji jenama syarikat serta mempromosikan jaminan kewangan dan perhubungan yang bermakna dengan para peserta. Anugerah ini amat bermakna kerana syarikat telah diiktiraf sebagai yang terbaik di peringkat antarabangsa dan ia jelas menunjukkan satu pengiktirafan terhadap usaha syarikat dalam memperkukuhkan jenama syarikat sebagai pilihan utama untuk insurans. 

Anugerah Takaful Antarabangsa ini adalah satu-satunya pengiktirafan kecemerlangan dan pencapaian bagi industri Takaful dan tahun ini anugerah diberikan kepada syarikat-syarikat yang paling progresif daripada 12 buah negara yang mana mempunyai industri Takaful cemerlang. Anugerah ini juga ditujukan kepada pengendali Takaful yang memberi sokongan penuh dan membantu pertumbuhan industri.

********************************************************

Tahun 2013
The Edge Billion Ringgit Club Corporate Awards 2013

Takaful Malaysia telah dianugerahkan 'Saham Berbayar Terbaik' di bawah Sektor Kewangan di majlis penyampaian tahunan anugerah berprestij The Edge Billion Ringgit Club Corporate Awards 2013. Takaful Malaysia merupakan Institusi Kewangan Islam pertama yang telah memenangi anugerah The Edge Billion Ringgit Club (BRC) Corporate Awards. Anugerah telah disampaikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. – September 2013 


 Syarikat Takaful Terbaik di Malaysia
Takaful Malaysia telah diiktiraf sebagai Syarikat Takaful Terbaik di Malaysia pada majlis Anugerah Takaful Antarabangsa keenam yang berlangsung di Kaherah pada 18 Februari 2013. Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan kecemerlangan khusus untuk industri Takaful dan juga bukti pencapaian Takaful Malaysia berbanding dengan pesaing yang lain. 

********************************************************

Tahun 2012
The Brand Laureate Transformational Corporate Leader 2012
Dato’ Mohamed Hassan Kamil telah dianugerahkan “The Brand Laureate Transformational Corporate Leader 2012” oleh Asia Pacific Brands Foundation (APBF). Anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan terhadap kepimpinan dan usaha cemerlang beliau di dalam menerajui pertumbuhan dan perkembangan Takaful Malaysia. 


 Dato’ Hassan Kamil Terima Anugerah ‘OIC Jewels of Muslim World’


13 September 2012 

Jakarta – Dato’ Mohamed Hassan Kamil, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) dan juga Pengerusi P.T Syarikat Takaful Indonesia (Takaful Indonesia) telah dianugerahkan “Jewels of Muslim World Award”, sebagai penghargaan di atas sumbangannya terhadap industri Takaful dan Kewangan Islam. Anugerah telah disampaikan oleh Naib Presiden Republik Indonesia, H.E. Boediono, pada sebuah Majlis Penganugerahan sempena penganjuran “3rd Annual Muslim World Business & Investment Zone” di Pusat Konvesyen Jakarta. 

Anugerah ‘Jewels of Muslim World’ adalah sebuah tanda penghargaan terhadap sumbangan unggul individu di dalam dunia Islam. Anugerah ini juga bermatlamat untuk memberi galakkan dan inspirasi kepada pemimpin perniagaan Islam yang lain untuk berusaha, berinovasi dan membangunkan lebih banyak peluang perniagan di dalam dunia Islam. Ini merupakan kali kedua majalah OIC Today mengenalpasti dan memberi penghormatan kepada sembilan penerima unggul anugerah ‘Jewels of Muslim World Award’. 

“Saya rasa sungguh bertuah untuk menerima anugerah ini. Ia memberi inspirasi dan semangat untuk saya berusaha lebih gigih dan berdedikasi di dalam usaha untuk memajukan imej industri Takaful secara global. Saya berharap anugerah ini dapat mempertingkatkan status Takaful Malaysia sebagai pilihan utama insurans di dalam menawarkan perkhidmatan perlindungan kewangan berdasarkan prinsip dan nilai Islam”, kata Dato’ Hassan Kamil. 

Proses pemilihan melibatkan juruaudit bebas yang bertanggungjawab untuk menilai dan mencalonkan penerima anugerah berpostensi untuk penghakiman peringkat akhir oleh Jawatankuasa Pemilihan yang terdiri daripada ahli-ahli Dewan Perdagangan (Trade Chamber of Commerce). Calon-calon hanyalah terdiri daripada pemimpin perniagaan yang berjaya di dalam bidang keusahawanan dan aktiviti perniagaan, serta individu yang telah memberi sumbangan di dalam dunia dan kewangan Islam. 

Dato’ Hassan Kamil adalah satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di dalam industri Takaful dan insurans. Peneraju syarikat Takaful PERTAMA di Malaysia dan juga Pengerusi Takaful Indonesia semenjak 2007, Dato’ Hassan Kamil telah berjaya menjadikan Takaful Malaysia sebagai salah satu syarikat Takaful yang ternama di Malaysia. Sebagai Pengarah Urusan Kumpulan, beliau telah membawa Kumpulan ke tahap yang membanggakan dengan prestasi kewangan yang kukuh dan mantap di Malaysia dan juga Indonesia. Jumlah Aset Kumpulan Takaful Malaysia berada pada RM6.3 bilion dan telah tumbuh dengan pesat pada kadar melebihi 14% setiap tahun serta pertumbuhan keuntungan kumpulan melebihi 30% setiap tahun semenjak 2007. 

Seorang yang mementingkan kesempurnaan, Dato’ Hassan terus cemerlang di dalam kerjaya dan kehidupan. Matlamat utama beliau adalah untuk memperkenalkan Takaful Malaysia sebagai pilihan utama insurans, seterusnya sebagai sebuah syarikat yang dinamik, berorientasikan pelanggan dan menawarkan perkhidmatan terbaik serta produk yang kompetitif dengan jenama dan imej yang kukuh. 

Dato’ Hassan sentiasa berkongsi pengalaman, idea dan aspirasi dengan generasi baru aktuari. Ini jelas terbukti di dalam usaha beliau bekerjasama dan membantu pelajar-pelajar aktuari untuk berjaya di dalam karier yang diceburi. Beberapa pengamal aktuari berkelayakan pernah mendapat penyeliaan Dato’ Hassan pada satu-satu ketika di dalam kerjaya mereka. 

Dengan pengalaman yang luas di dalam industri Takaful dan insurans, Dato’ Hassan telah membuktikan keupayaan beliau untuk membawa Syarikat ke peringkat tertinggi dan telah memainkan peranannya sebagai aktuari di dalam kewangan Islam ke peringkat seterusnya. Sebuah permata tersendiri di dalam era baru untuk seseorang aktuari. 

No comments:

Post a Comment