Tuesday, December 15, 2015

SOAL JAWAB YANG ANDA HARUS BACA SEBELUM MENGAMBIL MANA-MANA PELAN TAKAFUL

Apakah kelebihan Kad Perubatan syarikat anda berbanding dengan syarikat-syarikat takaful yang lain?
Apa yang membezakan kad perubatan kami dengan kad perubatan syarikat takaful lain ialah dari segi perbezaan harga. Di syarikat kami dengan umur seperti yang dinyatakan dalam flayer ini, anda sudah mempunyai satu kad perubatan yang melayakkan anda mendapatkan satu rawatan yang cukup eksklusif di mana-mana hospital panel kami dengan kadar bilik RM 180 Sehari, Had Tahunan RM 100,000 Setahun dan Had Limit keseluruhan kad perubatan bernilai RM 1 Juta. Jika anda bandingkan harga kami dengan harga pengendali lain, sudah pasti anda tidak akan menjumpai harga yang berpatutan sebegini dengan manfaat yang tinggi.

Apakah yang di maksudkan dengan ko takaful dan adakah kad perubatan anda mempunyai ko takaful?
Ko takaful bermaksud perkongsian bayaran di antara peserta dengan pengendali takaful. Katakan anda mendapatkan rawatan di hospital panel dengan caj keseluruhan berjumlah RM 10,000.00 maka caj ko takaful yang terpaksa di bayar oleh anda adalah 10% daripada keluruhan bil atau RM 1,000.00. Tetapi dengan kami di Syarikat Takaful Malaysia kita tiada caj ko takaful. Maksudnya jika anda keluar wad keseluruhan bil perubatan akan ditanggung sepenuhnya oleh pengendali.

Apakah kad perubatan anda mudah untuk claim?
Ya, alhamdulillah setakat hari ini kad perubatan kami tiada masalah dari segi membuat tuntutan asalkan segala maklumat kesihatan yang diberikan semasa mengisi borang permohonan anda adalah betul dan anda tidak menyembunyikan sebarang fakta tentang tahap kesihatan anda.

Kenapa kad perubatan anda murah berbanding dengan syarikat lain. Sedangkan syarikat-syarikat takaful lain tidak mampu memberikan harga yang lebih murah berbanding syarikat anda.
Sebenarnya faktor mahal atau murah sesuatu kad perubatan itu bukan ditentukan oleh kami tetapi ianya telah ditentukan dan diluluskan oleh pihak bank Negara. Pihak bank Negara akan melihat dari aspek kekukuhan sesebuah syarikat. Memandangkan Syarikat Takaful Malaysia sebuah Syarikat Senaraian Awam di Bursa Malaysia, dan kukuh di bawah BIMB Holding dan Tabung Haji. Perkara seperti inilah yang diambil kira oleh pihak Bank Negara.

Tuan kata kekukuhan syarikat, bagaimana pula dengan syarikat takaful lain adakah mereka tidak kukuh malah saya merasakan mereka lebih kukuh dari syarikat takaful Malaysia apatah lagi mereka beroperasi di seluruh dunia. Boleh tuan jelaskan perkara ini?.
Ya, memang betul sebagaimana yang dinyatakan tetapi tuan kena ingat milik siapakah syarikat-syarikat ini. Ianya bukan milik rakyat Malaysia ia milik orang asing. Walaupun mereka beroperasi di seluruh dunia tetapi kita kena ingat mereka boleh bila-bila masa meninggalkan kita dengan cara melupuskan perniagaan mereka di negara ini. Tetapi Syarikat Takaful Malaysia adalah milik kita orang Islam bawah BIMB Berhad dan Tabung Haji. Yang mana setiap tahun pulangan keuntungan dari sumbangan tuan akan kembali ke BIMB Holding dan Tabung Haji. Malah setiap tahun tabung haji menggunakan keuntungan-keuntungan ini menghantar umat islam menunaikan ibadah haji melalui konsep muassasah 

Apakah pelan yang anda tawarkan mempunyai pelan simpanan?
Ya, apa yang ditawarkan di bawah pelan ini semuanya mempunyai nilai simpanan yang berpatutan dan boleh dikeluarkan  pada bila-bila masa dengan syarat berbaki minima RM 1000.00 di dalam akaun peserta.

Apakah pelan-pelan perlindungan anda patuh syariah?
Ya, kesemua pelan kami adalah patuh syariah atau dengan kata lain keluruhan syariah. Apa yang saya maksudkan dengan keluruhan syariah ialah kami (Syarikat Takaful Malaysia)-Patuh Syariah, Ayah kami (BIMB Holding-Patuh Syariah dan Datuk Kami (Tabung Haji)-Patuh Syariah. Jadi keseluruhan rangkaian kami adalah patuh syariah. Tidak sebagaimana syarikat-syarikat takaful lain yang saya rasa tahap patuh syariah mereka tidak seperti kami di Takaful Malaysia. Katakan Syarikat Takaful A patuh syariah bagaimana pula dengan Syarikat Induknya (ayah kepada syarikat Takaful A) iaitu Syarikat A insurance yang jelas tidak patuh syariah. Jika anda tanya saya apakah perkaitan antara keduanya, jawapan saya ialah keduanya saling berkait. Jika Syarikat Takaful A untung berniaga keuntungan itu sudah pasti akan kembali kepada syarikat induknya dan begitulah sebaliknya. Kini anda mempunyai pilihan, mengapa tidak memilih kami di Syarikat Takaful Malaysia.