Friday, December 17, 2010

Meningkatnya Kadar Kemalangan Di Malaysia


Khutbah Jumaat di masjid-masjid di negeri Terengganu hari ini membicarakan tentang peningkatan kadar kemalanga jalan raya. Mengikut khutbah tersebut Malaysia merupakan sebuah negara yang kadar kemalangan jalan raya paling tinggi. Setiap 100,000 penduduk, seorang akan meninggal dunia disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Maka tidak hairanlah jika dilihat dari statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) kadar kemalangan jalan raya meningkat setiap tahun.

Wednesday, December 15, 2010

Takaful Ikhlas di Ranking TUJUH Dunia

Alhamdulillah diucapkan atas syukur kepada Allah kerana Takaful Ikhlas telah melonjak naik dari ranking ke-14 naik ke ranking 7 dunia. Jangan hanya percaya pada kata-kata palsu mengatakan mereka terbaik dunia tanpa ada bukti yang sohih berdasarkan statistik tepat semasa melalui institusi kewangan dunia. lihatlah ranking yang telah ambil melalui pembacaan saya dalam laporan kewangan dunia... Takaful Ikhlas berada di ranking tujuh terbaik dunia kategori takaful..

Tuesday, December 7, 2010

Tabbaru' hidupkan semangat tolong-menolong

Konsep derma dalam takaful lebih ke arah kebajikan, elak unsur gharar, riba dan maisir

DERMA dalam bahasa Arab bererti tabbaru'. Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, derma dinyatakan sebagai pemberian yang ikhlas, sedekah. Jadi menderma ialah memberi sesuatu dengan ikhlas.

Derma adalah amalan soleh yang sangat digalakkan. Melaluinya, aspek tolong-menolong dan kasih sayang sesama insan dapat diwujudkan. Ada pelbagai dalil al-Quran dan al-Sunnah yang menyokong perkara ini.
Antaranya firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang yang beriman. Nafkahkanlah (dermakanlah) sebahagian daripada apa yang Kami berikan kepada kamu.” (Al-Baqarah: 254) Nabi SAW bersabda bahawa di antara tujuh golongan yang dilindungi Allah SWT pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan Allah ialah golongan yang melakukan sedekah dengan senyap sehingga tidak diketahui apa dihulur tangan kanannya oleh tangan kirinya. Maksud hadis seperti yang diriwayatkan imam Bukhari dan Muslim.


Apabila dilihat dalam transaksi yang membabitkan derma atau tabarru’, ia adalah akad perjanjian kontrak yang bersifat tiada laba. Akad tabarru’ tidak boleh digunakan untuk tujuan komersial. Mereka yang melakukan akad ini tidak boleh meletakkan syarat pulangan keuntungan.

Objektif akad tabbaru’ bagi merealisasikan fungsi tolong-menolong dengan mengharap keredaan Allah SWT. Ini berbeza dengan akad tijarah atau perniagaan. Objektif akad tijarah untuk mencari keuntungan. Oleh itu, jelas perbezaan di antara kedua-duanya.

Ada beberapa model transaksi menggunakan akad tabbarru’ sebagai asas dalam transaksinya. Di antaranya ialah hibah iaitu transaksi antara dua pihak atau lebih yang didasarkan pada bentuk pemberian kepada seseorang dengan mengharapkan pahala daripada Allah SWT.
Di samping itu, qardu hasan iaitu satu bentuk transaksi membabitkan dua orang atau lebih dalam aspek pinjam meminjam. Asas dalam transaksi ini tiada sebarang penambahan atau ziyadah. Jika ada tambahan dalam transaksi ini maka ia masuk dalam kategori riba.

Contoh transaksi qardu hasan ialah seperti jika Ahmad meminjam RM2,000 daripada Ali, maka Ahmad berkewajipan membayar semula wang dipinjam itu dengan jumlah sama kepada Ali dengan tiada tambahan kepada wang asal.

Infaq ialah model transaksi yang dilakukan dengan cara mengeluarkan sebahagian harta untuk aktiviti di jalan Allah. Contohnya seseorang itu menginfaqkan sebahagian hartanya bagi membantu saudaranya yang terkena musibah seperti banjir atau infaq untuk pembinaan surau.

Wakaf juga dibina atas asas kontrak tabarru’. Wakaf ialah kegiatan memberikan sebahagian harta untuk diambil manfaatnya oleh umat Islam. Status hartanya itu sudah tidak menjadi miliknya tapi menjadi milik bersama umat Islam. Kegiatan ini berlandas kepada akad tabarru’ dengan matlamat utama mewujudkan nilai tolong-menolong (ta’awun) dan memenuhi prinsip kebajikan sosial.

Di dalam takaful pula, akad tabarru’ adalah satu akad asas di dalam operasinya. Akad ini membezakan takaful dengan insurans konvensional. Akad tabarru’ adalah kaedah mengumpul dana peserta takaful melalui sumbangan derma mereka. Sumbangan peserta sebahagiannya masuk ke dana tabarru’ dan yang lain masuk ke dana tabung simpanan.

Sumbangan yang masuk ke dalam dana tabarru’ atau dana kebajikan sejak awal diniatkan membantu peserta lain yang mengalami musibah. Dengan kata lain dana ini bantuan kepada peserta yang ditimpa kerugian. Sementara itu sumbangan peserta takaful yang masuk ke tabung simpanan menjadi tabungan bagi peserta yang kemudian dapat diambil kembali dengan tambahan nilainya jika tidak berlaku tuntutan.

Dalam konteks operasi takaful, peserta yang ingin mendapatkan perlindungan takaful mesti berniat ikhlas menderma bagi membantu peserta lain jika mereka menghadapi musibah atau kerugian. Dalam erti kata lain semua peserta bersetuju untuk saling membantu di kalangan mereka atas niat yang sama.

Akad tabarru' dalam takaful menghapuskan unsur gharar (syubah), riba dan maisir (judi). Unsur ini menyebabkan insurans konvensional difatwakan haram. Dalam akad jual beli yang menjadi asas insurans konvensional, tiada penyerahan barang dijual semasa akad dimeterai maka ia dikira transaksi mengandungi elemen gharar yang ditegah Rasulullah SAW.

Dalam akad tabarru’ di dalam operasi takaful, sumbangan derma ikhlas daripada peserta dikumpulkan ke dalam satu tabung tabarru’. Tiada habuan pulangan secara material dituntut hasil daripada derma yang dilakukan kerana ia untuk kebajikan. Tabung dana ini penting untuk menjawab persoalan ketidakjelasan (gharar) yang dilarang yang wujud dalam amalan insurans konvensional khasnya ketika pembayaran tuntutan dibuat.

Sebagai contoh, seorang peserta mengambil pakej insurans nyawa dengan manfaat pampasan RM50,000. Apabila beliau ditakdirkan meninggal dunia pada tahun pertama dan baru sempat membayar RM3,000 contohnya, tetapi warisnya akan menerima pampasan dengan jumlah penuh RM50,000, mengikut nilai pakej perlindungan yang diambil.

Persoalan yang timbul ialah, baki pembayaran pampasan RM47,000 ini iaitu setelah ditolak RM3,000 yang sudah dibayar pada tahun pertama, diperoleh daripada mana?

Di sinilah timbul gharar, sesuatu yang tidak jelas. Ini juga menimbulkan unsur judi.

Peserta takaful perlu memahami dan menghayati konsep tabarru’ iaitu dengan ikhlas menderma di dalam takaful, maka dengan itu tentu mereka memperoleh pahala besar dalam hidup dan memperoleh ganjaran kebajikan serta keredaan Allah SWT, di samping menerima manfaat ketika musibah hasil muafakat di kalangan peserta.


Penulis ialah Pegawai Penyelidik, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik IKIM

Dipetik dari: Berita Harian Online - Oleh Mohamad A'sim Ismail
2010/04/09

Singkatan URL Artikel Ini: http://is.gd/i04FH

Wednesday, December 1, 2010

Kenapa Takaful Ikhlas lebih baik dari syarikat lain

tertanya-tanya apakah kelebihan Takaful Ikhlas berbanding dengan insurans islam yang lain seperti Etiqa, Takaful Malaysia atau PruBsn Takaful?

Setiap insurans yang ada di dalam negara kita Malaysia ini mempunyai kelebihan masing-masing. Ia diibaratkan seperti saling melengkapi antara satu sama lain. Antara kelebihan yang terdapat di dalam Pelan Takaful Ikhlas mempunyai satu borang yang di panggil borang Hibah.

Kita biasa dengar Borang Penama ialah borang untuk nama pewaris kita sekiranya berlaku sebarang musibah ke atas kita. Di sini pencarum perlu tahu apakah sebenarnya fungsi Borang Penama dan Borang Hibah.

Penama : Setiap nama yang diletakkan di dalam Borang Penama merupakan orang yang layak menuntut wang pampasan, TETAPI bukanlah orang yang layak menerima wang pampasan. Wang pampasan masih lagi tertakluk di bawah hukum Faraid.

Borang penama : ialah borang yang akan di uruskan oleh Amanah Raya untuk membuat proses tuntutan. Setiap nama yang tercatat di dalam borang penama tidak semestinya layak menerima wang pampasan kerana pembahagian wang pampasan akan mengikut hukum faraid.

Borang Hibah : setiap nama di dalam borang ini merupakan waris yang layak menerima wang pampasan tersebut. Borang Hibah juga mengecualikan wang pampasan daripada Hukum Faraid.

Borang Hibah memudahkan proses tuntutan dimana wang pampasan akan di bayar 100% terus kepada waris-waris yang tercatat namanya di dalam borang hibah tersebut. Ini tidak mengira nama waris tersebut terlibat dalam Hukum Faraid atau pun tidak.

Borang Hibah ini memudahkan proses tuntutan dan hanya mengambil masa 14 hari dari hari tuntutan dibuat kerana tidak perlu melalui Amanah Raya yang mana kadang kala megambil masa berbulan-bulan ataupun bertahun-tahun sebelum sesuatu pembayaran tuntutan itu dibuat.

TRIVIA: Sebab itu Takaful IKHLAS bahagian Death Claim adalah yang terbaik di Malaysia, paling cepat dalam tempoh 14 hari kerana adanya borang Hibah.

Tuesday, November 30, 2010

Kenapa Insurans Nyawa Haram Hukumnya...

Mengikut Syariah Kontrak Insurans komersial konvensional adalah diharamkan atas sebab-sebab berikut:-

[a] Gharar
''Gharar' diambil daripad perkataan Arab yang bermaksud ketidaktentuan (tidak jelas) . Menurut para ulamak "gharar" ditafsirkan sebagai kontrak di mana hasilnya tidak diketahui atau tersembunyi atau salah satu dari kemungkinannya di mana kejadian yang kerap berlaku adalah yang lebih dikhuatiri. Kontrak insurans konvensional ialah kontrak jual-beli di mana peserta membayar harga (premium) dan penyedia insurans menawarkan pampasan. Di dalam kontrak jual-beli elemen gharar yang boleh membatalkan kesahihan sesuatu jual-beli adalah dibenarkan.

Ayat Quran yang bermaksud:-

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri". (an-nisa':29)

Walau bagaimanapun "barang" (subject matter) di dalam kontrak adalah diperlukan dalam menentukan kebenaran kerana adalah tidak logik untuk mengatakan yang seseorang memberi kebenaran tentang sesuatu yang ia tidak tahu. Terdapat empat jenis gharar yang telah dikenalpasti oleh ulamak kita. Antaranya:-

i. Gharar di dalam hasil pertukaran
Apabila kontrak dibuat, tidak kira, penyedia insurans atau peserta, mengetahui tentang hasil kontrak tersebut. Peserta tidak tahu dengan jelas samada ia akan mendapat pampasan atau tidak sebagai pertukaran kepada premium yang dibayarnya. Begitu juga dengan penyedia insurans, juga tidak mengetahui apakah hasil pertukaran daripada kontrak tersebut.

ii. Gharar di dalam kadar pampasan
Di dalam kontrak insurans konvesional peserta tidak mengetahui kadar pampasan memandangkan ianya bergantung kepada sesuatu kejadian yang mungkin atau tidak mungkin berlaku.

iii. Gharar di dalam hasil kepada pertukaran
Bila kontrak dibuat tidak kira penyedia insurans atau peserta tahu mengenai hasil pertukaran kontrak. Peserta tidak tahu samada mereka akan menerima pampasan hasil pertukaran kepada premium yang mereka bayar. Begitu juga dengan penyedia insurans mereka tidak tahu berapa banyakkah premium yang akan mereka terima. Kadang-kadang penyedia insurans akan menerima premium hanya sekali atau mungkin beberapa kali, tetapi perlu melindungi jumlah yang tidak setara dengan premium.

iv. Gharar di dalam tempoh masa
Mengikut sesetengah ulamak apabila sesuatu kontrak ditangguhkan, tempoh masanya hendaklah diketahui. Jika tidak kontrak dianggap terbatal (tidak sah). Situasi yang sama timbul di dalam kontrak insurans konvensional di mana pampasan adalah berdasarkan tempoh masa yang tidak diketahui.

[b] Maisir
'Maisir' juga diambil daripada perkataan Arab yang bemaksud perjudian. Kontrak insurans konvensional dikaitkan dengan perjudian di mana jika berlaku bencana, pihak penyedia insurans akan kerugian. Sebaliknya jika bencana tidak berlaku, pihak peserta pula akan kerugian. Tambahan pula sesetengah ulamak mempersoalkan tentang sumber wang yang dibayar sebagai pampasan kerana sumbernya tidak ditentukan.

[c] Riba
'Riba' diambil dari perkataan Arab yang bermaksud faedah. Terdapat banyak ayat-ayat Quran yang melarang 'riba'. Sering berlaku percanggahan pendapat di kalangan para ulamak tentang apakah sebenarnya yang dikaitkan dengan 'riba'. Sesetengah ulamak berpendapat bahawa faedah samada ke atas prinsipal atau bayaran lewat adalah 'riba'. Satu lagi bentuk riba menurut sunnah Rasulullah S.A.W. ialah elemen pertukaran barang-barang riba (ribawi) di mana terdapat perbezaan di dalam tempoh masa dan/atau kuantiti. Elemen 'ribawi yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.a.w. adalah emas untuk emas, perak untuk perak, gandum untuk gandum, barli untuk barli, kurma untuk kurma dan garam untuk garam. Betul ataupun salah dengan membuat bandingan persamaan, wang adalah hampir sama dengan emas dan perak, yang mana kaedah ini dijadikan perantaraan bagi pertukaran. Elemen ribawi inilah yang mewujudkan perbezaan di dalam kedua-dua unsur kuantiti dan jumlah di dalam kontrak pertukaran di antara penyedia insurans dan peserta. Tambahan pula para ulamak ini mempertikaikan bahawa syarikat insurans konvensional memberi pinjaman daripada premium yang diterima dan mengenakan faedah dan ini tidak dapat dinafikan lagi sebagai riba.

Wednesday, June 16, 2010

Kenapa Insurans Nyawa Penting???

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..

Secara amnya , ramai orang masih belum sedari kepentingan insurance bagi menjamin masa depan yang lebih gemilang.

Mereka sering berkata "Apa penting nye insurance ni? Ahhhh semua insurance ni penipu..Bila time nak masuk, ramailah agent-agent yang bermulut manis, bile time nak claim semua lari."

Dan paling menyedihkan lagi sampai ada yang mengatakan .."Ah insurance ni..bukannya boleh bawak mati..kalau dapat pampasan pun bukannya aku yang terima..taknak lah aku!"

Dan ada juga yang berkata " Ah..taknak lah aku masuk, insurance ni semua penipu, haram lak tu..bayar dah lah mahal tiap-tiap bulan tapi by the end of the day tak dapat apa-apa pun!"

Sekiranya anda faham dan maksud sebenar objektif insurance ini , anda tidak mudah untuk melemparkan tuduhan-tuduhan palsu sebegitu.

Bagi menjawab tuduhan yang pertama, sebenarnya insurance tidak menipu, sebagai orang yang berfikiran matang anda perlu mengetahui secara jelas mengenai semua terma dan syarat-syarat yang tercatat di dalam polisi anda. Sepatutnya, sebelum anda menandatangani borang permohonan polisi tersebut, anda perlu bertanya kepada agent anda mengenai polisi yang bakal anda ambil bagi mengelakkan salah faham kelak. Soalan yang boleh anda tanyakan kepada agent anda ialah " Apakah yang di lindungi dalam polisi ini?" dan "Apakah pula yang tidak dilindungi di dalam polisi ini?" "Berapakah bayaran bulanan polisi ini?" "Adakah cas-cas yang tersembunyi sekiranya saya membayar polisi ini?" 'Situasi apakah yang mungkin mendatangkan masalah sekiranya saya ingin membuat tuntutan kelak?" Inilah antara soalan-soalan penting yang perlu ditanya kepada agent anda agar tidak berlaku keraguan di masa depan. Kita sebagai orang yang berilmu perlu memikirkan semua jenis kebarangkalian yang bakal terjadi.

Menjawab tuduhan yang kedua pula, salah satu dari objektif insurance ini adalah menjamin masa depan waris-waris yang ditinggalkan dari bebanan hutang ataupun masalah kewangan.

Memang betul, pembeli polisi tidak akan dapat apa-apa setelah berlakunya kematian pada dirinya. Tapi cuba anda fikirkan? bagaimana pula dengan orang yang kita tinggalkan? Lebih menyedihkan lagi bagaimana pula nasib orang yang kita tinggalkan sekiranya kita mempunyai hutang-piutang yang agak banyak??Bagaimana nasib isteri dan anak2 kita untuk menyambung kehidupan mereka? Cuba sematkan kembali persoalan-persoalan ini pada diri anda. Cuba anda fikir-fikirkan?Sekiranya anda mempunyai polisi hayat, sekurang-kurangnya pampasan yang bakal diterime oleh waris-waris anda akan meringankan lagi bebanan mereka? Sekurang-kurangnya dengan wang pampasan yang di bayar oleh pihak insurance kepada waris anda, dapat membantu diri mereka meneruskan hidup sementara waktu? Fikir-fikirkan lah..

Bagi menjawab tuduhan yang terakhir, Insurance dalam Islam adalah dibolehkan..dimana negara kita Malaysia telah menubuhkan beberapa jenis insurance berteraskan Islam dimana terhindar dari konsep riba dan syubhah. Sebagai contoh Takaful Ikhlas Sdn Bhd merupakan salah satu daripada beberapa syarikat insurance islam yang beroperasi di Malaysia. Antara pelan-pelan yang ditawarkan di dalam ialah berkonsepkan simpanan atau pelaburan. Berbeza dengan syarikat insurance yang lain dimana dengan membuat polisi insurance berasaskan simpanan, wang yang anda bayar tidak disia-siakan...

Malahan anda akan mendapat 9 manfaat dari simpanan anda tersebut beserta dengan keuntunagn syarikat apabila sijil polisi anda tamat tempoh..Ia diibaratkan sambil menyelam minum air..Sambil anda menyimpan, sambil anda mendapat perlindungan...Nak tahu apa 9 manfaat tu? Tungguuuuuu...Semuanya halal berlaka..

Dipetik dari : http://takaful-hafizi.blogspot.com/search/label/Kenapa%20Memilih%20Takaful%20Ikhlas