Testimoni

TESTIMONI 1

(Senario 1)
Bukti, di mana seorang pelanggan yang mengambil pelan myGenLife Protection tidak perlu membayar satu sen pun ke atas bil perubatan yang dikenakan kepada beliau. Bayaran sebanyak RM450.00 merupakan satu kadar bayaran yang dikenakan ke atas pertukaran bilik yang di buat oleh pelanggan itu sendiri kepada bilik berharga RM500 sehari melebihi kelayakkan bilik yang terkandung dalam polisi beliau iaitu RM 350 sehari. Oleh kerana pelanggan telah diwadkan selama 3 hari jadi caj yang dikenakan kepada beliau adalah seperti berikut:

Bilik yang didiami : RM 500 sehari
Kelayakkan sebenar pemegang polisi : RM 350 sehari.
Beza bilik yang didiami dengan kelayakkan sebenar : RM 500 - RM 350 = RM 150 sehari
Oleh sebab itu pemegang polisi terpaksa membayar sebanyak 
RM 150 x 3 hari = RM450 sahaja 
akan tetapi, jika pemilik polisi tidak membuat pertukaran bilik keseluruhan bil adalah PERCUMA

(Senario 2)
Tetapi keadaan ini mungkin berbeza jika pemegang polisi mengambil polisi dari syarikat takaful lain. Jika berlaku pertukaran bilik seperti di atas pemegang polisi mungkin akan di caj sebanyak 20% daripada keseluruhan bil yang dikenakan oleh pihak hospital. Jika dalam contoh di atas pemegang polisi mungkin akan di caj seperti berikut:
Bil keseluruhan :RM 12,800
Bayaran yang dikenakan ke atas pemegang polisi : 
20% x RM 12,800 = RM 2,560
(Satu jumlah yang cukup besar) 
Jika anda bukan pemegang polisi takaful dari Syarikat Takaful Malaysia, Sila hubungi agen takaful anda untuk bertanyakan tentang keadaan ini. Adakah pelan kad perubatan anda sama seperti senario 1 atau senario 2. Jika anda di senario 2 sila tukarkan kad perubata anda ke senario 1, 
"Mengapa Bazirkan Wang Anda Jika Ianya Adalah Percuma"

*************************************************************



No comments:

Post a Comment