Thursday, December 4, 2014

30 Tahun Menerajui Industri Takaful



Tuesday, January 21, 2014

Takaful Malaysia perkenal Takaful myHealth Protector

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) yakin dapat mencatat caruman tahun pertama sebanyak RM6 juta daripada produk baharunya, Takaful myHealth Protector yang dilancarkan hari ini dalam tempoh enam bulan. 

Pengarah Urusan Kumpulan Takaful Malaysia, Datuk Mohamed Hassan Kamil berkata, beliau yakin syarikatnya dapat mencapai sasaran itu menerusi rangkaian agensi runcit elitnya yang mempunyai kelengkapan penuh bagi memasarkan produk berkenaan. 

Menurutnya, Takaful myHealth Protector berkenaan merupakan satu pendekatan inovatif bagi penjagaan kesihatan dengan menyediakan pelan perubatan bagi meringankan beban perbelanjaan rawatan perubatan yang tinggi. 

Katanya, Takaful myHealth Protector menawarkan rangkaian manfaat penjagaan kesihatan yang menarik bagi Pesakit Dimasukkan ke Wad dan Pesakit Luar. 

“ Di samping itu, antara ciri istimewa produk tersebut termasuk pemberian ganjaran kepada para pelanggan menerusi Pulangan Tunai sebanyak 15 peratus jika mereka tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh perlindungan," ujarnya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Tambahnya, selain daripada ciri istimewa Pulangan Tunai sebanyak 15 peratus itu, para pelanggan yang mendaftar bagi pelan di bawah Takaful myHealth Protector juga layak mendapat satu lagi manfaat nilai tambah iaitu kelebihan untuk mendapatkan rawatan perubatan di luar negara. 

“ Para pelanggan diberi pilihan untuk mengakses pusat-pusat perubatan berkepakaran tinggi di seluruh dunia, tertakluk kepada caj-caj yang berpatutan dan lazim di Malaysia. 

“ Manfaat ini sudah pasti memberi lebih banyak pilihan rawatan kepada para pelanggan yang kami hargai jika mereka berhadapan dengan masalah perubatan," ujarnya. 

Takaful myHealth Protector menawarkan pilihan lebih luas yang terdiri daripada lapan pelan perubatan yang tidak melibatkan sebarang perkongsian kos pada satu jumlah premium yang berpatutan.