Friday, December 17, 2010

Meningkatnya Kadar Kemalangan Di Malaysia


Khutbah Jumaat di masjid-masjid di negeri Terengganu hari ini membicarakan tentang peningkatan kadar kemalanga jalan raya. Mengikut khutbah tersebut Malaysia merupakan sebuah negara yang kadar kemalangan jalan raya paling tinggi. Setiap 100,000 penduduk, seorang akan meninggal dunia disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Maka tidak hairanlah jika dilihat dari statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) kadar kemalangan jalan raya meningkat setiap tahun.

Wednesday, December 15, 2010

Takaful Ikhlas di Ranking TUJUH Dunia

Alhamdulillah diucapkan atas syukur kepada Allah kerana Takaful Ikhlas telah melonjak naik dari ranking ke-14 naik ke ranking 7 dunia. Jangan hanya percaya pada kata-kata palsu mengatakan mereka terbaik dunia tanpa ada bukti yang sohih berdasarkan statistik tepat semasa melalui institusi kewangan dunia. lihatlah ranking yang telah ambil melalui pembacaan saya dalam laporan kewangan dunia... Takaful Ikhlas berada di ranking tujuh terbaik dunia kategori takaful..

Tuesday, December 7, 2010

Tabbaru' hidupkan semangat tolong-menolong

Konsep derma dalam takaful lebih ke arah kebajikan, elak unsur gharar, riba dan maisir

DERMA dalam bahasa Arab bererti tabbaru'. Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, derma dinyatakan sebagai pemberian yang ikhlas, sedekah. Jadi menderma ialah memberi sesuatu dengan ikhlas.

Derma adalah amalan soleh yang sangat digalakkan. Melaluinya, aspek tolong-menolong dan kasih sayang sesama insan dapat diwujudkan. Ada pelbagai dalil al-Quran dan al-Sunnah yang menyokong perkara ini.
Antaranya firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang yang beriman. Nafkahkanlah (dermakanlah) sebahagian daripada apa yang Kami berikan kepada kamu.” (Al-Baqarah: 254) Nabi SAW bersabda bahawa di antara tujuh golongan yang dilindungi Allah SWT pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan Allah ialah golongan yang melakukan sedekah dengan senyap sehingga tidak diketahui apa dihulur tangan kanannya oleh tangan kirinya. Maksud hadis seperti yang diriwayatkan imam Bukhari dan Muslim.


Apabila dilihat dalam transaksi yang membabitkan derma atau tabarru’, ia adalah akad perjanjian kontrak yang bersifat tiada laba. Akad tabarru’ tidak boleh digunakan untuk tujuan komersial. Mereka yang melakukan akad ini tidak boleh meletakkan syarat pulangan keuntungan.

Objektif akad tabbaru’ bagi merealisasikan fungsi tolong-menolong dengan mengharap keredaan Allah SWT. Ini berbeza dengan akad tijarah atau perniagaan. Objektif akad tijarah untuk mencari keuntungan. Oleh itu, jelas perbezaan di antara kedua-duanya.

Ada beberapa model transaksi menggunakan akad tabbarru’ sebagai asas dalam transaksinya. Di antaranya ialah hibah iaitu transaksi antara dua pihak atau lebih yang didasarkan pada bentuk pemberian kepada seseorang dengan mengharapkan pahala daripada Allah SWT.
Di samping itu, qardu hasan iaitu satu bentuk transaksi membabitkan dua orang atau lebih dalam aspek pinjam meminjam. Asas dalam transaksi ini tiada sebarang penambahan atau ziyadah. Jika ada tambahan dalam transaksi ini maka ia masuk dalam kategori riba.

Contoh transaksi qardu hasan ialah seperti jika Ahmad meminjam RM2,000 daripada Ali, maka Ahmad berkewajipan membayar semula wang dipinjam itu dengan jumlah sama kepada Ali dengan tiada tambahan kepada wang asal.

Infaq ialah model transaksi yang dilakukan dengan cara mengeluarkan sebahagian harta untuk aktiviti di jalan Allah. Contohnya seseorang itu menginfaqkan sebahagian hartanya bagi membantu saudaranya yang terkena musibah seperti banjir atau infaq untuk pembinaan surau.

Wakaf juga dibina atas asas kontrak tabarru’. Wakaf ialah kegiatan memberikan sebahagian harta untuk diambil manfaatnya oleh umat Islam. Status hartanya itu sudah tidak menjadi miliknya tapi menjadi milik bersama umat Islam. Kegiatan ini berlandas kepada akad tabarru’ dengan matlamat utama mewujudkan nilai tolong-menolong (ta’awun) dan memenuhi prinsip kebajikan sosial.

Di dalam takaful pula, akad tabarru’ adalah satu akad asas di dalam operasinya. Akad ini membezakan takaful dengan insurans konvensional. Akad tabarru’ adalah kaedah mengumpul dana peserta takaful melalui sumbangan derma mereka. Sumbangan peserta sebahagiannya masuk ke dana tabarru’ dan yang lain masuk ke dana tabung simpanan.

Sumbangan yang masuk ke dalam dana tabarru’ atau dana kebajikan sejak awal diniatkan membantu peserta lain yang mengalami musibah. Dengan kata lain dana ini bantuan kepada peserta yang ditimpa kerugian. Sementara itu sumbangan peserta takaful yang masuk ke tabung simpanan menjadi tabungan bagi peserta yang kemudian dapat diambil kembali dengan tambahan nilainya jika tidak berlaku tuntutan.

Dalam konteks operasi takaful, peserta yang ingin mendapatkan perlindungan takaful mesti berniat ikhlas menderma bagi membantu peserta lain jika mereka menghadapi musibah atau kerugian. Dalam erti kata lain semua peserta bersetuju untuk saling membantu di kalangan mereka atas niat yang sama.

Akad tabarru' dalam takaful menghapuskan unsur gharar (syubah), riba dan maisir (judi). Unsur ini menyebabkan insurans konvensional difatwakan haram. Dalam akad jual beli yang menjadi asas insurans konvensional, tiada penyerahan barang dijual semasa akad dimeterai maka ia dikira transaksi mengandungi elemen gharar yang ditegah Rasulullah SAW.

Dalam akad tabarru’ di dalam operasi takaful, sumbangan derma ikhlas daripada peserta dikumpulkan ke dalam satu tabung tabarru’. Tiada habuan pulangan secara material dituntut hasil daripada derma yang dilakukan kerana ia untuk kebajikan. Tabung dana ini penting untuk menjawab persoalan ketidakjelasan (gharar) yang dilarang yang wujud dalam amalan insurans konvensional khasnya ketika pembayaran tuntutan dibuat.

Sebagai contoh, seorang peserta mengambil pakej insurans nyawa dengan manfaat pampasan RM50,000. Apabila beliau ditakdirkan meninggal dunia pada tahun pertama dan baru sempat membayar RM3,000 contohnya, tetapi warisnya akan menerima pampasan dengan jumlah penuh RM50,000, mengikut nilai pakej perlindungan yang diambil.

Persoalan yang timbul ialah, baki pembayaran pampasan RM47,000 ini iaitu setelah ditolak RM3,000 yang sudah dibayar pada tahun pertama, diperoleh daripada mana?

Di sinilah timbul gharar, sesuatu yang tidak jelas. Ini juga menimbulkan unsur judi.

Peserta takaful perlu memahami dan menghayati konsep tabarru’ iaitu dengan ikhlas menderma di dalam takaful, maka dengan itu tentu mereka memperoleh pahala besar dalam hidup dan memperoleh ganjaran kebajikan serta keredaan Allah SWT, di samping menerima manfaat ketika musibah hasil muafakat di kalangan peserta.


Penulis ialah Pegawai Penyelidik, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik IKIM

Dipetik dari: Berita Harian Online - Oleh Mohamad A'sim Ismail
2010/04/09

Singkatan URL Artikel Ini: http://is.gd/i04FH

Wednesday, December 1, 2010

Kenapa Takaful Ikhlas lebih baik dari syarikat lain

tertanya-tanya apakah kelebihan Takaful Ikhlas berbanding dengan insurans islam yang lain seperti Etiqa, Takaful Malaysia atau PruBsn Takaful?

Setiap insurans yang ada di dalam negara kita Malaysia ini mempunyai kelebihan masing-masing. Ia diibaratkan seperti saling melengkapi antara satu sama lain. Antara kelebihan yang terdapat di dalam Pelan Takaful Ikhlas mempunyai satu borang yang di panggil borang Hibah.

Kita biasa dengar Borang Penama ialah borang untuk nama pewaris kita sekiranya berlaku sebarang musibah ke atas kita. Di sini pencarum perlu tahu apakah sebenarnya fungsi Borang Penama dan Borang Hibah.

Penama : Setiap nama yang diletakkan di dalam Borang Penama merupakan orang yang layak menuntut wang pampasan, TETAPI bukanlah orang yang layak menerima wang pampasan. Wang pampasan masih lagi tertakluk di bawah hukum Faraid.

Borang penama : ialah borang yang akan di uruskan oleh Amanah Raya untuk membuat proses tuntutan. Setiap nama yang tercatat di dalam borang penama tidak semestinya layak menerima wang pampasan kerana pembahagian wang pampasan akan mengikut hukum faraid.

Borang Hibah : setiap nama di dalam borang ini merupakan waris yang layak menerima wang pampasan tersebut. Borang Hibah juga mengecualikan wang pampasan daripada Hukum Faraid.

Borang Hibah memudahkan proses tuntutan dimana wang pampasan akan di bayar 100% terus kepada waris-waris yang tercatat namanya di dalam borang hibah tersebut. Ini tidak mengira nama waris tersebut terlibat dalam Hukum Faraid atau pun tidak.

Borang Hibah ini memudahkan proses tuntutan dan hanya mengambil masa 14 hari dari hari tuntutan dibuat kerana tidak perlu melalui Amanah Raya yang mana kadang kala megambil masa berbulan-bulan ataupun bertahun-tahun sebelum sesuatu pembayaran tuntutan itu dibuat.

TRIVIA: Sebab itu Takaful IKHLAS bahagian Death Claim adalah yang terbaik di Malaysia, paling cepat dalam tempoh 14 hari kerana adanya borang Hibah.