Saturday, April 23, 2011

Kita Merancang Tuhan Menentukan



Beginilah ketentuan Allah terhadap hambanya. Jangan kita ingat bahawa kita muda, sihat dan bertenaga kita masih jauh untuk pergi mengadapNYA. Ingatlah kematian tidak mengenal usia bila tiba waktunya pergilah kita mengadap yang MAHA KUASA. Perlu diingatkan, kita hanya pergi seorang diri dan kita tidak membawa bersama anak dan isteri kita jadi fikir-fikirkanlah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”. (Riwayat: Bukhari)

Dalam satu hadis lain Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggung-jawab dan setiap daripada kamu bertanggung-jawab terhadap mereka dibawah tanggungan kamu.” (Riwayat: Bukhari dan Muslim)

Sunday, April 10, 2011

Perbaharui Insuran Kenderaan Kereta Anda Dengan Diskaun 5%

Dapatkan Diskaun 5% setiap kali memperbaharui insuran kereta anda dengan menyertai Takaful Ikhlas.

MENGAPA ANDA PERLUKAN TAKAFUL

Segala puji-pujian milik ALLAH subhanahu wata'ala selayaknya. Selawat dan salam buat insan mulia, Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam, keluarga dan para sahabat baginda radhiALLAHu 'anhum ajma'in. Seterusnya, doa sejahtera saya panjatkan buat muslimin-muslimat sekalian.

Assalamualaikum & salam sejahtera tuan/puan yang dirahmati Allah SWT. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga tersayang. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana mengambil sedikit masa untuk tuan/puan membaca artikel ini tetapi saya yakin ilmu yang benar & bermanafaat wajib disampaikan untuk keharmonian bersama apatah lagi tanggungjawab kita sesama saudara seIslam.
Firman Allah bermaksud: “Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui.” (Surah Az-Zumar, ayat 9)
Allah meletakkan orang beriman dan berilmu ke tahap paling tinggi, seperti ditegaskan Allah dalam firmannya bermaksud: “Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (Surah Al-Mujadalah, ayat 11)

Tuan/puan yang dirahmati Allah,

Terlebih dahulu ingin saya menerangkan konsep takaful dan kepentingannya agar pihak tuan/puan dapat menilai berdasarkan ilmu dan kefahaman serta membuat keputusan yang tepat untuk masa depan anda dan keluarga. Saya juga berharap mudahan terbit kesedaran di kalangan ummat ISLAM (terutamanya) dalam hal kepentingan mengurus risiko kewangan. Kita agak ketinggalan dalam kesedaran terhadap kepentingan pengurusan risiko kewangan, atau dalam bahasa konvensional yang mudahnya berinsurans. Kita juga berusaha supaya ummat ISLAM beralih ke sistem mu'amalah Islami yang bebas dari unsur-unsur yang bercanggah dengan prinsip-prinsip syariah Islamiyyah. Hasilnya, kita bebas dari belenggu DOSA BESAR iaitu RIBA' yang mana insyaALLAH akan mengeluarkan kita dari tergolong sebagai :-

1) ahli-neraka
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan "bahawa sesungguhnya berjual beli (berniaga) itu sama dengan riba". Allah membolehkan (menghalalkan) jual beli dan melarang (mengharamkan) riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengabil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal didalamnya. (al-Baqarah ayat 275),

2) berdosa & tiada barakah
Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil riba, dan ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa. (al-Baqarah 276)

3) ancaman perang dari ALLAH & RasulNYA
Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak akan menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu, (dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (al-Baqarah 279).
Mengenai keperluan takaful, amalan saling jamin-menjamin yang diamalkan dalam takaful menjadi teras sistem ini. Ia berasaskan seruan dalam Islam supaya bekerjasama, tolong menolong untuk kebaikan dan jalan ketakwaan serta saling jamin-menjamin khususnya dalam menghadapi bala dan musibah. Cubalah renungkan betapa besarnya pahala orang yang mendermakan hartanya kejalan Allah.

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh.” (al-Munafiquun: 10)

Bagi pemberi sedekah, setidak-tidaknya dengan pemberian itu diharapkan dapat menebus dosanya dan memberikan ketenangan, malah yang lebih utama mendapat ganjaran berkali ganda di sisi Allah, seperti dijelaskan Allah pada ayat 261, surah al-Baqarah,

bermaksud:

“Bandingan (pemberian) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula me ngandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (al-Baqarah:261)
Secara amnya perlindungan Takaful adalah skim perlindungan kewangan secara Islam iaitu merupakan satu kaedah persiapan atau ikhtiar untuk menghadapi atau melindungi sebarang ketidakpastian yang mungkin berlaku keatas diri sendiri, ahli keluarga atau harta benda daripada sebarang musibah atau malapetaka di masa-masa akan datang. Selagi umat manusia terdedah terhadap ketidakpastian dan risiko selagi itulah perlindungan Takaful itu amat diperlukan.

Apa yang saya maksudkan dengan ketidakpastian dan risiko ialah:

1. Kematian – ianya adalah sesuatu yang pasti dan kita tidak tahu bila, hari apa, pukul berapa. Cuma hanya Allah yang maha mengetahui.

2. Hilang Upaya Kekal – mungkin ianya berpunca dari penyakit atau disebabkan oleh kemalangan.

3. Penyakit Kritikal – penyakit yang tidak dapat dijangkakan. Mungking pada hari ini kita merasakan diri kita sihat walafiat, tetapi bolehkah kita jamin bahawa diri kita boleh sihat sepenuhnya pada usia kita menjengah sekitar 40 hingga 50 tahun.

4. Kemalangan – merupakan salah satu perkara yang sering kita baca diakhbar. Bayangkan sekiraanaya perkara ini berlaku kepada diri kita.

5. Usia tua – sesiapa sahaja akan mengalami saat ini. Inilah masanya anda mempunyai simpanan yang secukupnya. Pada masa ini anda suudah tidak mampu untuk membuat kerja lagi.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”. (Riwayat: Bukhari)
Dalam satu hadis lain Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggung-jawab dan setiap daripada kamu bertanggung-jawab terhadap mereka dibawah tanggungan kamu.” (Riwayat: Bukhari dan Muslim)

Tuan/puan yang dirahmati Allah,

IKHLAS SAVING TAKAFUL - PLAN RM5.00 - RM 7.00 SEHARI

*MARI MENYIMPAN SAMBIL MENGUTIP PAHALA - Jika anda menyimpan RM150.00 sebulan TETAPI berapa lama ianya akan menjadi RM50,000 atau lebih? Terutamanya disaat anda memerlukan. Di TAKAFUL IKHLAS walaupun anda baru menyimpan selama 3 bulan, kami menyediakan dana tersebut dengan adanya konsep "TABARRU". ANDA SIHAT TETAPI PESERTA LAIN DITIMPA MUSIBAH, ANDA YANG AKAN MEMBANTU MEREKA DAHULU..Esok lusa mungkin anda pula dibantu oleh peserta yang lain pula. Siapa tahukan...JOM KITA KUTIP PAHALA SAMBIL MENYIMPAN!!

Pelan Ikhlas Saving Takaful merupakan pelan insurans di dalam bentuk simpanan berlandaskan syariah. Ini bermaksud, apabila anda menyimpan bersama TAKAFUL IKHLAS, anda akan memperolehi SIMPANAN + PERLINDUNGAN. Ianya berbeza dari mana-mana pelan insurans yang terdapat dipasaran terutamanya dari insurans konvensional. Dari segi pengurusan kewangan, insurans konvensional terdapat unsur-unsur riba, maisir dan gharar yang mana ketidakpastian wujud di dalam insurans konvensional tersebut. Namun di TAKAFUL IKHLAS, konsep wakalah (perwakilan) dan taawuni (tolong menolong) diamalkan.

TAKAFUL IKHLAS ditadbir oleh Majlis Pengawasan Syriah. Namun kebanyakan syarikat insurans konvensional yang terdapat dipasaran, tidak mempunyai Majlis pengawasan Syariah. Biasanya mereka hanya menubuhan satu unit kecil yang bertindak sebagai badan penasihat syariah diaplikasikan oleh mereka.

Fungsi Majlis Pengawasan Syariah ialah mengawal selia semua proses keluar masuk wang ke dalam akaun TAKAFUL IKHLAS adalah 100% tanpa unsur syubhah dan riba, dan perniagaan ini dizakatkan. Berbeza dengan syarikat konventional yang lain dimana perniagaan mereka tidak dizakatkan dan badan/unit penasihat hanya bertindak sekadar menasihati badan pentadbir. Terpulang kepada syarikat tersebut sama ada mahu mengikuti nasihat-nasihat itu oleh lembaga pengarah insurans tersebut. Dari segi nama pun sudah berbeza iaitu Mengawasi dan Menasihat.

Insurans konvensional terdapat unusr-unsur riba dimana sebagai contoh:

Anda membayar polisi RM150.00 sebulan dalam insurans konvensional selama 35 tahun tempoh matang. Di dalam jangka masa tersebut anda tidak pernah membuat sebarang tuntutan, dan apabila sijil ini matang, polisi yang anda bayar pada setiap bulan tersebut tidak akan dipulangkan wangnya 100%.

Terdapat perbezaan di TAKAFUL IKHLAS kerana apa yang anda carumankan pada setiap bulan akan dikembalikan wangnya 100% berserta keuntungan syarikat. Sekiranya pencarum tidak pernah membuat sebarang tuntutan atau pun pernah buat tuntutan sekalipun yang tidak menamatkan polisi (penyakit kritikal), wang yang pencarum akan dipulangkan 100% bersama dengan unjuran keuntungan syarikat selama mana tempoh polisi tersebut.

Pakej di bawah adalah contoh lelaki berumur 25 tahun & tempoh polisi selama 30 tahun dengan caruman bulanan RM160.00 –RM200.00

1. Manfaat Jika Meninggal Dunia = RM50,000.00 (pampasan yang akan dibayar kepada pencarum ialah: (RM50,000 + simpanan terkini + Khairat kematian RM4,280).

2. Manfaat Jika Hilang Upaya Menyeluruh = RM50,000 + Simpanan Terkini

3. Manfaat 40 Penyakit Kritikal = RM2,0000.00 (pampasan ini akan dibayar kepada anda sekiranya dimasukkan ke hospital atas sebab-sebab penyakit kritikal - 40 PENYAKIT KRITIKAL) . Namun, surat doktor sebagai pengesahan diperlukan.

4. Manfaat Elaun Tunai Bulanan = RM300.00 (pampasan ini akan dibayar jika meninggal dunia, Hilang Upaya Menyeluruh atau terkena salah satu daripada 40 penyakit kritikal)

5. Manfaat Elaun Tunai Harian Masuk Wad = RM200.00 (Elaun hospital sebanyak RM100.00 sehari akan dibayar selama 365 hari (RM36,500) yang mana minima 6 jam peserta dimasukkan ke hospital)

6. Manfaat Khairat Pengebumian = RM4,280.00 (khairat kematian yang akan dibayar 24 jam kepada waris bagi memudahkan pengurusab jenazah)

7.Manfaat Kemalangan Menyeluruh = RM30,000.00 (manfaat dibayar jika berlaku perkara-perkara berikut)

7.1 MATI/TPD ACCIDENT :RM 30.000
7.2. KEILATAN KEKAL SEBAHAGIAN :RM 30.000
ACC (PPD) – MENGIKUT %
7.3. PEMBAYARAN BALIK PERBELANJAAN
PERUBATAN & PEMBEDAHAN :RM 1,500
(MASUK WAD, BERMALAM & PEMBEDAHAN)
7.4. MC MENYELURUH (TTD) P/MINGGU :RM 180
7.5. MC SEBAHAGIAN (PTD) P/MINGGU :RM 60
7.6. PBAYARAN BALIK PBELANJAAN PRUBATAN :RM 300

8. Pengeluaran Wang Tunai sebanyak 3 kali setelah 5

9. Manfaat Matang = Nilai Tunai + Keuntungan Pelaburan

10 Pelepasan Cukai Diri Maksimum RM6,000.00

11. Kad Perubatan (IMAT) tiada Ko Takaful

Ikhlas Saving Takaful ini kadarnya murah apabila umur pencarum masih muda serta ianya Islamik, terjamin simpanannya dan telah dizakatkan. Oleh itu wang caruman ini bersih dan mempermudahkan pencarum untuk menunakan fardhuHaji.

Jika Anda berminat, saya boleh uruskan temujanji. sekiranya jauh kita boleh berurusan secara online dan saya boleh poskan borang untuk sign up.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”. (Riwayat: Bukhari)
Dalam satu hadis lain Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggung-jawab dan setiap daripada kamu bertanggung-jawab terhadap mereka dibawah tanggungan kamu.” (Riwayat: Bukhari dan Muslim)