Saturday, April 23, 2011

Kita Merancang Tuhan Menentukan



Beginilah ketentuan Allah terhadap hambanya. Jangan kita ingat bahawa kita muda, sihat dan bertenaga kita masih jauh untuk pergi mengadapNYA. Ingatlah kematian tidak mengenal usia bila tiba waktunya pergilah kita mengadap yang MAHA KUASA. Perlu diingatkan, kita hanya pergi seorang diri dan kita tidak membawa bersama anak dan isteri kita jadi fikir-fikirkanlah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”. (Riwayat: Bukhari)

Dalam satu hadis lain Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggung-jawab dan setiap daripada kamu bertanggung-jawab terhadap mereka dibawah tanggungan kamu.” (Riwayat: Bukhari dan Muslim)

No comments:

Post a Comment