Assalamualaikum dan salam sejahtera
kepada pengujung blog ini. Pertama sekali saya ingin mendoakan kepada semua
agar berada dalam keadaan sihat sejahtera dan bahagia bersama keluarga
masing-masing.
Kini Aku Bukan Lagi Perunding Takaful Dari
Syarikat PRU BSN Takaful Topik
ini telah lama tergantung maklumlah kekangan masa membataskan aku untuk
menyudahkan catatan ini. Namun begitu kerana adanya permintaan dari sahabat
yang ingin tahu maka hari aku gagahkan jua tangan ini untuk menaipkan bait-bait
ayat agar ianya bukan lagi satu tanda tanya. Sebenarnya kisahku sebagai
perunding takaful bermula dengan Syarikat Takaful Ikhlas. Aku mulakan kerjayaku
dengan penuh bersemangat. Lebih kurang dua tahun aku di Syarikat Takaful akhirnya
aku bertukar ke Prubsn Takaful. Walaupun tidak begitu gembira dengan pertukaran
tersebut namun terpaksa jua aku angkat kaki kerana unit agensi dan bos aku
telah meninggalkan Takaful Ikhlas. Oleh kerana aku masih baru dan memerlukan bimbingan mereka dalam dunia
takaful pada masa itu akhirnya aku terpaksa akur dengan ajakkan Unit Managerku untuk
bertukar arah ke Prubsn Takaful.
Namun begitu jodohku dengan dengan Prubsn Takaful tidak panjang. Akhirnya kini aku dan Unit Manager aku telah berpindah
ke Syarikat Takaful Malaysia. Mungkin ada yang bertanya kepadaku kenapa perlu
berpindah ke syarikat lain sedangkan syarikat Prubsn Takaful sudah yang
terbaik. Tapi terus terang aku katakan bahawa jiwaku tidak seronok dan tidak
sesuai dengan Prubsn Takaful. Mungkin kerana aku dari syarikat Takaful Ikhlas
sebelum aku bertukar ke Prubsn Takaful agaknya. Maklumlah Syarikat Takaful
Ikhlas lebih menerapkan ciri-ciri islamik dalam pengurusannya. Sepanjang aku
bersama Prubsn Takaful ciri-ciri seperti itu tiada. Pernah aku mengikuti kelas
yang diajarkan oleh seorang yang hebat dalam dunia takaful iaitu Dr Rizal Naidu
dan aku amat teruja mengikuti kelas beliau. Beliau pada masa itu adalah sebagai
pengurus agensiku. Ingin aku bertanya kepada sahabat semua bolehkan seorang lelaki dan wanita yang bukan muhrim bersalaman antara satu sama lain. Apakah boleh satu tunjuk
cara boleh menghalalkan cara. Bagi ku yang haram tetap haram. Dari situ
terdetik dihatiku mananya ciri-ciri islamik yang ada pada PrubsnTakaful
walaupun kita tahu bahawa takaful itu adalah halal.
Mungkin ada yang berkata itu hanyalah alasanku
sahaja. Tetapi bagiku biarlah orang nak kata apa tapi keputusanku tetap dengan
keputusanku. Aku bukannya seorang ustaz yang mampu untuk memutuskan soal halal
dan haram dan juga bukan seorang hakim yang mampu menjatuhkan hukuman tetapi
aku tetap aku manusia biasa yang ada pendirian dan pegangan. Bagiku apalah istimewa
sangat Prubsn Takaful jika Syarikat induk Prudential itu sendiri menawarkan pelan islamik dan tidak islamik. Prubsn
Takaful Islamik(halal bagi orang islam) dan Prudential Insuran tidak Islamik(haram
bagi orang islam) tapi ianya tetap di bawah syarikat induknya iaitu Prudential.
Persoalan yang ingin aku kemukakan kepada
pengunjung semua apa beza etiqa takaful dan etiqa insuran yang kendalikan oleh
pihak Maybank. Mungkin jawapan anda ialah
satu islamik patuh syariah (halal) dan satu lagi tidak islamik (haram). Tapi
bolehkah anda putuskan bahawa kedua-dua akaun ini diuruskan secara berasingan. Jika
diuruskan secara berasingan alhamdullillah. Satu lagi persoalan yang ingin saya
lemparkan kepada pengunjung semua jika diberikan pilihan antara kedai A dan
kedai B. Kedai A menjual daging lembu(halal) dan daging khinzir (haram)
manakala kedai B yang menjual daging lembu sahaja (halal). Kedai yang mana satu
yang akan anda pilih?. Jika saya saya akan pilih kedai B tetapi anda semua saya
tidak pasti tepuk dada tanyalah hati. Hal ini sama juga dengan Prubsn Takaful…
jadi fikir-fikirkanlah.
Oleh kerana itu saya fikir penghijrahan
saya ke Takaful Malaysia adalah satu langkah yang terbaik buat saya. Biarlah
orang nak kata apa. Syarikat Takaful Malaysia merupakan syarikat takaful
pertama di Malaysia di bawah kumpulan BIMB Berhad dan anak syarikat tabung
Haji. Jadi apa yang kurangnya Takaful Malaysia?.. Jadi itulah kisah aku dan
takaful Malaysia. Inilah syarikat takaful yang terakhir bagiku dan tidak
mungkin akan ku berhijrah lagi….. Akhir sekali aku menyusun sepuluh jari
memohon ampun dan maaf sekiranya catatan
ini menginggung hati mana-mana pihak.